Jumaat, 25 Julai 2014

CARA UNIK MELANJUTKAN USIA:                        CARA UNIK MELANJUTKAN USIA...

CARA UNIK MELANJUTKAN USIA:                        CARA UNIK MELANJUTKAN USIA
...
:                        CARA UNIK MELANJUTKAN USIA Seperti apa yang tertulis di atas... Cara unik untuk memanjangkan usia. Blog ini aka...

Hargailah hidup ini kerana hidup ini memang sekali

                       CARA UNIK MELANJUTKAN USIA

Seperti apa yang tertulis di atas... Cara unik untuk memanjangkan usia. Blog ini akan membantu anda untuk hidup dengan sihat dan lebih lama dengan cara yg unik. Ada satu anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada manusia yang di mana anugerah ini tidak dapat diganti dengan objek ataupun harta. Anugerah ini ialah nyawa yang ada pada setiap manusia. Ianya ibaratkan harta yang tidak ternilai sebenarnya.
Sebagai seorang manusia, perlulah untuk kita menjaga nyawa. Satu cara paling penting ialah menjaga kesihatan diri. Blog ini akan berkongsi dengan anda cara unik untuk menjaga kesihatan. Umur 100 tahun pun boleh tercapai dengan tip-tip ini. Baiklah, mari kita lihat.

                                                                Sushi

Semua orang tentu tak sangka. Sushi adalah antara cara untuk melanjutkan nyawa. Sushi adalah makanan yang berasal dari Jepun dan jepun merupakan antara negara yang masyarakatnya paling sihat dan panjang usia. Ini kerana mereka banyak memakan sushi. Sushi kaya dengan protein dan makanan yang segar. Menurut kajian, sushi mampu mengurangkan risiko sakit jantung.
 

 Berdiri Dengan Satu Kaki 

Berdiri dengan satu kaki juga adalah cara unik untuk melanjutkan nyawa. Berdiri dengan hanya sebelah kaki mampu melatih diri menjadi lebih stabil. Cara ini juga mampu menguatkan otot belakang dan perut.

                         Mempunyai Sekurangnya 6 Orang Sahabat Karib

Sememangnya sahanat sangat penting dalam kehidupan. Tanpa sahabat, pasti kita akan berasa sunyi dan keseorangan. Mempunyai sahabat karib yang banyak dapat membantu diri kita mengurangkan stress. Sahabat karib juga memahami diri kita yang sebenarnya. Mengikut kajian dari Australia,sahabat karib juga mampu memberikan dorongan untuk kita berjaya dalam kehidupan. Dengan keyakinan yang mereka berikan, kita akan berasa yakin untuk meneruskan kehidupan.

                                        Memelihara Binatang Peliharaan

Haiwan peliharaan juga satu cara yang baik. Mengikut kajian di U.S, mereka yang membela haiwan peliharaan terutamanya anjing mampu memanjangkan usia selama 7 tahun. Haiwan juga boleh dijadikan peneman untuk menghilangkan stress, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan peluang untuk terkena serangan jantung.

                                                  Menyanyi

Menyanyi mampu memanjangkan nyawa dengan menghilangkan stress dan membina keyakinan dalam diri kita. Tidak kira di mana untuk kita menyanyi tetap akan dapat mengurangkan tekanan di dalam diri manusia.

                                                Kurangkan Menangis

Mengikut kajian, orang yang kurang menangis dan bersifat tenang mampu memanjangkan nyawa manusia. Sifat optimis juga mampu menjauhkan diri kita dari penyakit dan mampu menghindarkan diri kita dari menghidap kanser kulit. Jadi, jarang-jarang lah sedih dan menangis.

                                       Banyakkan Ketawa dan Senyum

Ketawa mampu menhilangkan stress dan senyum mampu membawa keceriaan di dalam diri kita. Ketawa juga mampu merawat kanser dan meningkatkan sistem imun dalam badan. Ketawa tidak terlalu berlebihan lebih digalakkan dan senyum mampu merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita.

Itu adalah cara-cara yang unik untuk melanjutkan usia. Tanpa kita sedari, banyak cara untuk kita menjaga kesihatan, namun hanya kita masih lagi belum sedar tentangnya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Sebagai tanda penghargaan, silalah lihat laman web di bawah.





  <!-- Begin BidVertiser code -->
<SCRIPT LANGUAGE="JavaScript1.1" SRC="http://bdv.bidvertiser.com/BidVertiser.dbm?pid=617583%26bid=1543231" type="text/javascript"></SCRIPT>
<noscript><a href="http://www.bidvertiser.com">make money online</a></noscript>
<!-- End BidVertiser code -->